PENGAJIAN MALAYSIA
MUHAMAD HAIRIE BIN MOHD NASIR
30DLS142039
MUHAMMAD ASYRAF BIN ARZEMAN
30DLAS14F2034
AMIRUL FITRI BIN ADNAN
30DLS14F2030
(PERISTIWA 13 MEI 1969)
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
PUNCA-PUNCA
YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI LAYANAN BERAT
SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN
DASAR PECAH
DAN PENJAJAH INGGERIS
LATAR
BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
PERTELINGKAHAN
PARTI POLITIK
PERASAAN TIDAK
PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA
ORANG MELAYU
BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA
RUSUHAN KAUM
13 MEI 1969
TINDAKAN
YANG DIAMBIL AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969
PENGISYTIHARAN
DARURAT
PEMBETUKAN
MAGERAN PADA 17 MEI 1969
KESIMPULAN
LAMPIRAN
SUMBER
RUJUKAN
PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi
berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik,ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba -
tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada
sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya.Kesan pendudukan Jepun di Tanah
Melayu merupakan salah satu faktor yang
turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei.Selain
itu kesan peninggalan penjajah Inggeris
juga boleh dilihat sebagai punca kepada
peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris
contohnya telah banyak merenggangkan lagi
hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari
sudut ekonomi peristiwa 13 Mei,banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap
masyarakat
Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut
ras
umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan
suatu
kesan
yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh
kerajaan
pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan
ekonomi
dan hubungan antara kaum di Malaysia.
PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA
KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969
1.LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH
TENTERA JEPUN
Masyarakat
Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya
telah
dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang
Melayu.
Keadaan
ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan
perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan
berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
2.DASAR PECAH DAN PENJAJAH INGGERIS
Dasar
penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca
wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut
ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-
bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong
dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia.
3.LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa
kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang
wujud di
Tanah
Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu,
Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar
keperluan
peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-
masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar
juga
telah dibawa dari Negeri China dan India . 4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi
keadaan
keperibadian
etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh
orang-orang
Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4.PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK
Dalam
pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta
dalam
pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew
sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai
pilihan
raya itu . Namun apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai
sembilan
orang.
Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan
MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar
corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula
membangkitkan
kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang
Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang
Melayu.
Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam
pilihan
raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai
oleh
Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan
cogan
kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan
supaya hak
istimewa
orang Melayu atau bumiputera dihapuskan.
5.PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK
ISTIMEWA ORANG MELAYU
PAP
telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai
hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu
menurut
Jomo
dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia,
Isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak
istimewa
orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu
adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6.BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA
Isu
bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa
13
Mei.
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan
telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan
bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. 10 Selepas
sepuluh
tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan
untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu
sahaja
yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan
telah
mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu
.
Antara
kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan
dan
Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
7.RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 mei 1969, terutama
antara kaum Melayu dan Cina. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan
raya 1969 di mana parti-parti pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP)
dan Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsakan. Walaupun Parti PERIKATAN masih
boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan
pilihan raya sebelumnya. Urutan peristiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen
pilihan raya yang kemudian, apabila diteruskan menjadi perkaumandan peribadi
individu-individu tertentu. DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan secara
besar-besaran pada 11 dan 12 mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin
daripada pihak polis. Perarakan ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada
peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 mei 1969
terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis
sebelum pilihan raya. UMNO yang rasa tercabar kemudian turut mengadakan
perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya
tersebut.
TINDAKAN YANG DIAMBIL AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969
PENGISYTIHARAN DARURAT
Perdana
Menteri, Tunku Abdul Rahman dan ahli Jemaah Menteri telah menasihatkan YDPA
untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Pengisytiharan ini berkuat kuasa serta-merta pada hari yang sama
dengan rusuhan tersebut. Melalui Ordinan Darurat yang pertama, YDPA diberi
kuasa yang luas ke atas hal keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam,
perbekalan dan perkhidmatan. Persidangan Majlis Parlimen dan persidangan Dewan
Undangan Negeri telah ditunda termasuk pilihan raya bagi Sabah dan Sarawak.
Apabila Ordinan Darurat yang kedua diisytiharkan, kuasa eksekutif Persekutuan
yang sebelum ini dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri, iaitu Tun Abdul Razak
Hussein. Beliau harus bertindak di atas nasihat Perdana Menteri (Tunku Abdul
Rahman) yang dibantu oleh sebuah gerakan digelar Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang ahlinya dilantik oleh beliau sendiri. Jawatankuasa Gerakan
Negeri dan Jawatankuasa Daerah ditubuhkan bertujuan melancarkan program-program
majlis ini.
PEMBETUKAN MAGERAN PADA 17 MEI 1969
Bertujuan
mengambil alih tugas Parlimen buat sementara. MAGERAN dianggotai Tun Abdul
Razak, Tun Dr Ismail (Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Datuk Hamzah (Menteri
Penerangan dan Penyiaran), Tun Tan Siew Sin dan Tun V. Sambanthan.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan pula terdiri daripada Tan Sri Abdul Kadir
Shamsuddin (Pengarah Perkhidmatan Awam) dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie
(Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara). Pegawai-pegawai polis dan
pegawai tentera terdiri daripada Tengku Osman Jiwa (Ketua Turus Angkatan
Tentera) dan Tan Sri Mohammad Salleh (Ketua Polis Negara) Leftenan Jeneral
Datuk Ibrahim Bin Ismail menjadi Ketua Pegawai Eksekutif. MAGERAN berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang Negara; penetu pentadbiran yang
licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara. Kerajaan
berparlimen dikembalikan semula pada 23 Februari 1971.
KESIMPULAN
Peristiwa
pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan
kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus
diteliti
dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-
rahsia
pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,
sosial
dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata
petanda-petanda yang diperolehi itu gagal
dimenafaatkan sudah tentu cita- cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju dan makmur akan
menjadi
bayangan sahaja.
No comments:
Post a Comment